Hari nie nak cuba masakan yang lain dari selalu iaitu Tempoyak Udang. Musim durian nie tempoyak memang banyak. Oleh itu harus dimanfaatkan.
Bahan-bahan
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan Blender
2 ulas bawang merah
1 biji + cili api - ikut kepedasan
1 inci kunyit hidup
Cara Memasak
- Masukkan bahan-bahan yang diblender da air ke dalam periuk.
- Masukkan tempoyak dan daun kunyit. Masak hingga pekat.
- Masukkan udang, garam dan serbuk perasa kalau suka.
- Boleh juga diletakkan sedikit santan. Kalau tempoyak masam boleh diletak sedikit gula. Kalau tempoyak manis, boleh diletak sedikit asam keping.
First time masak tapi incik hubby suka.
Kawan-kawan boleh la mencuba...