Showing posts with label serai. Show all posts
Showing posts with label serai. Show all posts

Wednesday, April 17, 2013

Ikan Cencaru Belah Belakang

Agak lama juga tak menjamah isi ikan cencaru. Tetiba jer teringin sangat...Opss..bukan mengidam tau...

Teruja untuk mencuba untuk masak ikan cencaru belah belakang nie..jom masak..


Bahannya :-

2 ekor ikan cencaru
6 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 batang serai - diracik
1 biji tomato
Sedikit belacan
Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak :-

  1. Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya. Boleh juga diperap bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Blender cili merah, bawang merah, serai, tomato, belacan, garam dan gula.
  3. Sumbat belakang ikan dengan bahan yang telah diblender. Isi di perutnya pun boleh. Boleh juga diikat dengan benang untuk mengelakkan isinya keluar.
  4. Goreng ikan hingga masak dan bolehlah dihidangkan.
Senangkan? Apa lagi...jom masak.

Thursday, November 15, 2012

Gulai Daging Salai Dengan Kundang Muda

Orang Negeri Sembilan memang sinonim dengan masak lemak cili padi. Memang tak lengkap lah kalau dalam seminggu tak ada masak lemak cili padi dalam juadah seharian.

Sebagai salah seorang orang Negeri Sembilan, hari nie Annaz nak kongsi resepi masak lemak daging salai dengan kundang.



Bahan-bahannya

1 kg daging disalai
10 biji cili api - di blender
2 inci kunyit hidup - diblender
2 batang serai dititik
4-5 cawan santan pekat - santan kotak lagi senang.
kundang muda secukupnya dibelah dua dan buang bijinya.
garam secukup rasa

Cara Memasak


  1. Daging salai dipotong ikut kegemaran masing-masing.
  2. Masukkan daging dalam periuk dan masak terlebih dahulu bersama bahan-bahan yang telah diblender, serai dan garam secukupnya.
  3. Masukkan kundang dan santan kacau hingga masak atas api sederhana besar. Kacau supaya santan tidak berketul-ketul.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba..

Wednesday, November 14, 2012

Daging Perap Tom Yam


Untuk hari nie Annaz nak kongsi satu resepi iaitu Daging  PerapTom Yam.

Bahan-bahannya:-

1 kg daging
2 batang serai  } dikisar
5 helai daun limau purut } potong halus
5 tangkai daun ketumbar } potong halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar pes tom yam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam


Cara memasak :-
1. Basuh dan tos daging.
2. Campur semua bahan di atas dan gaul sebati.
3. Perap daging selama 4 - 6 jam.
4. Selepas perap bolehlah dibakar seperti hidangan steamboat.

Kawan-kawan bolehlah mencuba.
Yang penting.....





Si Manja rasa...


Dia kata best...