Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, May 24, 2018

RENDANG PEDAS IKAN KAYU

Salam Ramadhan Al Mubarak
Selamat berpuasa semua..

Hari nie Annaz nk syer resepi setelah sekian lama tak update blog nie..
Resepi nie amek dari FB. Bulan2 puasa nie kita test lain2 masakan biar berlainan dari hari2 biasa.

Resepinya ialah Rendang Pedas Ikan Kayu


Bahan2nya :

1 ekor ikan (anggaran 600gm)
4 ulas bawang kecil - hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah - kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar - hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa..

Cara-cara

1. Tumis bawang, serai dan cili blender sampai betul2 masak.

2. Masukkan ikan. Kacau. Ikan tak perlu rebus/goreng. Masukkan mentah2.

3. Masukkan santan, asam keping, garam.

4. Masukkan daun kunyit yang telah diracik halus. Masak sehingga kuah agak kering kering dan pecah minyak.

Cara masak nie saya ubah skit dari resepi yang asal. Hasilnya memang sedap..

Selamat mencuba!!!

Saturday, August 19, 2017

Muffin Coklat

Assalamualaikum..

Hai semua..
Dah lama tak menjengah ke dapur BelangaRetak nie.. dan selama itu la tak berhapdet.. bersawang sudah...

Hari nie dapur BelangaRetak dah beroperasi..cewahhh...
Atas permintaan si manja ku sayang..


Haaa...nie dia my babam...

Nak makan muffin kata dia..so tunaikan lah permintaan dia..bkn selalu kan?...Malam tadi pembikinan muffin kali pertama... Buat 2 perasa..vanilla dan coklat..vanilla tak berapa jadi, tak naik...Muffin Coklat ok..So bila dah ok kene lah syer resepinya..Mana tau ada yang nak try buat..korang dah expert kut...hakak je masih mencuba-cuba..

Muffin Coklat 

Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. 


So..inilah hasilnya..

Jadilah dari tak de kan? Yang penting orang yang request kata sedap dan puas hati..

Korang try la..sedap tau..hehe..



Saturday, February 22, 2014

Aiskrim goreng yang sedap dan mudah..

Teringat-ingat aiskrim yang pernah Annaz beli kat pasar malam. Dulu kalau beli satu, syer 2 orang. Sekarang dah bertiga. Gerenti tak cukup. Sekadar wat tahi gigi je la...


Nak syer resepinya macam kelakar pun ada sebab aiskrim goreng nie sambil pejam mata pun boleh buat..

Bahan-bahannya


Roti..
Tak kisahlah jenama apa pun yang korang suka. Annaz guna roti Gardenia..


Aiskrim..
Ikut yang korang suka. Beli yang mahal skit sebab rasanya sedap dan aiskrimnya halus. Annaz guna aiskrim yang murah je sebab baru mencuba.

Sediakan cawan atau bekas air yang bulat. Jangan terlalu besar dan jangan kecil sangat. Garpu dan sudu..

Kaedahnya

Mula-mula ambil sekeping roti. Sudukan aiskrim kegemaran korang dan letak diatasnya macam nie..

Jangan letak terlalu banyak.

Ambil sekeping lagi roti letak di atasnya.


Kemudian ambil cawan atau bekas air, tekap di atasnya sampai bahagian tepinya terputus..


Lepas tu untuk kemaskan bahagian tepinya, tekap dengan garpu. 
Inilah hasilnya..

...tunjuk satu je..hihihi..

Masukkan dalam plastik. Asingkan plastiknya sebab dikhuatiri akan melekat-lekat antara satu sama lain. Frozenkan dahulu dalam 4-5 jam supaya ianya keras.

Cara nak goreng..

Panaskan minyak. Biar betul-betul panas tau. Nak goreng aiskrim nie guna kaedah deep fried. Minyak kena banyak. Celup-celup je dalam minyak panas sampai kulitnya warna kekuningan.
Jangan biar rendam terlalu lama dalam minyak. Takut nanti korang makan aiskrim goreng berminyak-minyak pulak.

Hasilnya, rangup di luar, sejuk di dalam. Kena makan segera. Bila dah sejuk dah tak sedap bila aiskrim di dalamnya cair.

Tak dapat nak tunjuk kat korang yang dah siap goreng sebab aiskrim-aiskrim tu sedang bertapa dalam freezer..

Selamat mencuba..




Sunday, October 27, 2013

Resepi Masak Lemak Labu Paling Ringkas

Bahan-bahannya


1/2 biji labu kuning dipotong dadu
Santan..pakai yang kotak jer lagi mudah
Ikan bilis
2 biji bawang merah
Garam secukup rasa

Cara memasak

1. Blender bawang merah bersama ikan bilis. Masukkan ke dalam periuk bersama labu dan sedikit air. Rebus dahulu hingga labu agak empuk.
2. Masukkan santan dan garam. Kacau supaya santan tidak berketul.
3. Bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan sambal gesek (cili api yang ditumbuk bersama ikan bilis serta diperah limau kasturi)

Hasilnya



p/s : Boleh juga ditambah daun kunyit yang disiat-siat supaya lebih harum..


Thursday, November 15, 2012

Gulai Daging Salai Dengan Kundang Muda

Orang Negeri Sembilan memang sinonim dengan masak lemak cili padi. Memang tak lengkap lah kalau dalam seminggu tak ada masak lemak cili padi dalam juadah seharian.

Sebagai salah seorang orang Negeri Sembilan, hari nie Annaz nak kongsi resepi masak lemak daging salai dengan kundang.



Bahan-bahannya

1 kg daging disalai
10 biji cili api - di blender
2 inci kunyit hidup - diblender
2 batang serai dititik
4-5 cawan santan pekat - santan kotak lagi senang.
kundang muda secukupnya dibelah dua dan buang bijinya.
garam secukup rasa

Cara Memasak


  1. Daging salai dipotong ikut kegemaran masing-masing.
  2. Masukkan daging dalam periuk dan masak terlebih dahulu bersama bahan-bahan yang telah diblender, serai dan garam secukupnya.
  3. Masukkan kundang dan santan kacau hingga masak atas api sederhana besar. Kacau supaya santan tidak berketul-ketul.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba..