Showing posts with label kunyit. Show all posts
Showing posts with label kunyit. Show all posts

Tuesday, July 23, 2013

Ayam Goreng Kunyit Daun Kari

Hari nie Annaz nak tunaikan permintaan anak yang sedang berpuasa. Nie gara-gara resepi yang dia download kat tab dia. Macam-macam resepi yang dia download tapi hari nie dia mintak buatkan Ayam Goreng Kunyit Daun Kari. Suruh buat 7 ketul ayam...wah..wah..wah..betul-betul ikut resepi nampaknya...


Nie la rupanya Ayam Goreng Kunyit Daun Kari tu...

Bahan-bahan untuk memasak ayam nie..

7 ketul ayam..tak kisah bahagian mana pun

Bahan perap

2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
garam secukupnya
sedikit gula
sebiji limau kasturi diambil airnya

2 ulas bawang putih diracik halus
1 biji bawang besar saiz sederhana diracik
2 tangkai daun kari
1 camca teh jintan manis
1 biji cili merah diracik
1 biji cili hijau diracik

Cara membuatnya.

1. Kunyit dan bawang putih ditumbuk halus. Gaul dengan ayam dicampur dengan garam, gula dan air perahan limau kasturi. Perap selama 2-3 jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap hingga masak.
3. Tumis bawang putih, jintan manis, daun kari, bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kemudian curah di atas ayam yang telah digoreng.
4. Hidangkan dengan nasi panas.

Sungguh berselera anak Annaz menikmati lauk permintaannya. Lebih-lebih lagi time berbuka puasa.


Saturday, December 15, 2012

Tempoyak Udang


Hari nie nak cuba masakan yang lain dari selalu iaitu Tempoyak Udang. Musim durian nie tempoyak memang banyak. Oleh itu harus dimanfaatkan.

Bahan-bahan

10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Blender

2 ulas bawang merah
1 biji + cili api - ikut kepedasan
1 inci kunyit hidup

Cara Memasak


  1. Masukkan  bahan-bahan yang diblender da air ke dalam periuk. 
  2. Masukkan tempoyak dan daun kunyit. Masak hingga pekat. 
  3. Masukkan udang,  garam dan serbuk perasa  kalau suka.
  4. Boleh juga diletakkan sedikit santan. Kalau tempoyak masam boleh diletak sedikit gula. Kalau tempoyak manis, boleh diletak sedikit asam keping.
First time masak tapi incik hubby suka.
Kawan-kawan boleh la mencuba...


Thursday, November 15, 2012

Gulai Daging Salai Dengan Kundang Muda

Orang Negeri Sembilan memang sinonim dengan masak lemak cili padi. Memang tak lengkap lah kalau dalam seminggu tak ada masak lemak cili padi dalam juadah seharian.

Sebagai salah seorang orang Negeri Sembilan, hari nie Annaz nak kongsi resepi masak lemak daging salai dengan kundang.



Bahan-bahannya

1 kg daging disalai
10 biji cili api - di blender
2 inci kunyit hidup - diblender
2 batang serai dititik
4-5 cawan santan pekat - santan kotak lagi senang.
kundang muda secukupnya dibelah dua dan buang bijinya.
garam secukup rasa

Cara Memasak


  1. Daging salai dipotong ikut kegemaran masing-masing.
  2. Masukkan daging dalam periuk dan masak terlebih dahulu bersama bahan-bahan yang telah diblender, serai dan garam secukupnya.
  3. Masukkan kundang dan santan kacau hingga masak atas api sederhana besar. Kacau supaya santan tidak berketul-ketul.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba..

Wednesday, November 14, 2012

Daging Perap Tom Yam


Untuk hari nie Annaz nak kongsi satu resepi iaitu Daging  PerapTom Yam.

Bahan-bahannya:-

1 kg daging
2 batang serai  } dikisar
5 helai daun limau purut } potong halus
5 tangkai daun ketumbar } potong halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar pes tom yam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam


Cara memasak :-
1. Basuh dan tos daging.
2. Campur semua bahan di atas dan gaul sebati.
3. Perap daging selama 4 - 6 jam.
4. Selepas perap bolehlah dibakar seperti hidangan steamboat.

Kawan-kawan bolehlah mencuba.
Yang penting.....





Si Manja rasa...


Dia kata best...