Saturday, December 15, 2012

Tempoyak Udang


Hari nie nak cuba masakan yang lain dari selalu iaitu Tempoyak Udang. Musim durian nie tempoyak memang banyak. Oleh itu harus dimanfaatkan.

Bahan-bahan

10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan
1 helai daun kunyit
garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Blender

2 ulas bawang merah
1 biji + cili api - ikut kepedasan
1 inci kunyit hidup

Cara Memasak


  1. Masukkan  bahan-bahan yang diblender da air ke dalam periuk. 
  2. Masukkan tempoyak dan daun kunyit. Masak hingga pekat. 
  3. Masukkan udang,  garam dan serbuk perasa  kalau suka.
  4. Boleh juga diletakkan sedikit santan. Kalau tempoyak masam boleh diletak sedikit gula. Kalau tempoyak manis, boleh diletak sedikit asam keping.
First time masak tapi incik hubby suka.
Kawan-kawan boleh la mencuba...


Thursday, November 15, 2012

Gulai Daging Salai Dengan Kundang Muda

Orang Negeri Sembilan memang sinonim dengan masak lemak cili padi. Memang tak lengkap lah kalau dalam seminggu tak ada masak lemak cili padi dalam juadah seharian.

Sebagai salah seorang orang Negeri Sembilan, hari nie Annaz nak kongsi resepi masak lemak daging salai dengan kundang.



Bahan-bahannya

1 kg daging disalai
10 biji cili api - di blender
2 inci kunyit hidup - diblender
2 batang serai dititik
4-5 cawan santan pekat - santan kotak lagi senang.
kundang muda secukupnya dibelah dua dan buang bijinya.
garam secukup rasa

Cara Memasak


  1. Daging salai dipotong ikut kegemaran masing-masing.
  2. Masukkan daging dalam periuk dan masak terlebih dahulu bersama bahan-bahan yang telah diblender, serai dan garam secukupnya.
  3. Masukkan kundang dan santan kacau hingga masak atas api sederhana besar. Kacau supaya santan tidak berketul-ketul.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba..

Wednesday, November 14, 2012

Daging Perap Tom Yam


Untuk hari nie Annaz nak kongsi satu resepi iaitu Daging  PerapTom Yam.

Bahan-bahannya:-

1 kg daging
2 batang serai  } dikisar
5 helai daun limau purut } potong halus
5 tangkai daun ketumbar } potong halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar pes tom yam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam


Cara memasak :-
1. Basuh dan tos daging.
2. Campur semua bahan di atas dan gaul sebati.
3. Perap daging selama 4 - 6 jam.
4. Selepas perap bolehlah dibakar seperti hidangan steamboat.

Kawan-kawan bolehlah mencuba.
Yang penting.....





Si Manja rasa...


Dia kata best...


Tuesday, November 6, 2012

Jem Roselle



 Lebihan kelopak bunga Roselle untuk membuat jus Roselle jangan dibuang. Masih boleh digunakan lagi untuk membuat Jem Roselle.

Cara Membuat Jem Roselle adalah seperti berikut :-

  1. Campurkan lebihan kelopak Roselle dengan air dan diblender.
  2. Panaskan dalam periuk sehingga pekat (10 minit). Tambahkan gula secukupnya.
  3. Tutup api. Sejukkan dan simpan di dalam botol.
Jem ini memang enak dimakan bersama roti dan biskut.


Jus Roselle..

Roselle, asam belanda, asam susur atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa

Mempunyai banyak khasiat iaitu bagi 100 gram kaliks asam belanda terkandungnya protein1.145 g, lemak 2.61 g, serat 12.0 g, abu 6.90 g, kalsium 1.263 g, fosforus 0.2732 g, zat besi0.00898 g, karotena 0.00029 g, thiamin 0.00117 g, riboflavin 0.00277 g, niasin 0.003765 g, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 g.

Macam-macam boleh dihasilkan dari pokok Roselle ini. Salah satunya, buahnya boleh dijadikan jus untuk minuman penghilang dahaga. 

Cara membuat jus Roselle

  1. Ambil lebih kurang 20 kuntum bunga Roselle dan asingkan kelopak dengan bijinya.
  2. Cuci terlebih dahulu, kemudian rebus kelopak Roselle dalam periuk berisi air lebih kurang 10 - 15 minit. Rebus sehingga air akan berubah menjadi warna merah jambu dan Roselle akan menjadi lembut.
  3. Masukkan gula secukupnya.
  4. Setelah cukup masak, tapis jus dan kelopak Roselle diblender dan tapis ke dalam jus tadi.
 Jus nie bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dan dibancuh untuk dijadikan minuman.



Sunday, October 7, 2012

Ikan Bawal Bakar Sambal Asam



Bahan-Bahan

1 ekor ikan bawal - dibersihkan.
Daun pisang 

 Bahan Kisar

5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kesum
1 cm halia

Bahan diracik

2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 batang bunga kantan

1 batang serai - dititik
Garam dan gula secukupnya
3 sudu air asam jawa.
Minyak untuk menumis.

Cara membuatnya

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan dikisar dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang diracik dan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tumis hingga masak.
  4. Bahagi sambal kepada 2 bahagian. 
  5. Sapukan satu bahagian sambal kepada ikan.Balut dengan daun pisang dan bakar dengan api sederhana.
  6. Hidangkan bersama sambal yang selebihnya..

Senang saja.
Selamat mencuba..



Cucur Kentang Pedas

Cucur selalu menjadi pilihan untuk juadah minum petang. Di sini Annaz nak kongsi resepi Cucur Kentang Pedas yang baru hari nie Annaz buat. Saja try resepi yang terlintas dalam fikiran dengan harapan Incik hubby suka.

Bahan

1/2 kilo tepung gandum
2 biji kentang - potong panjang2 macam fries
Daun kucai potong2
2 biji bawang besar - racik2
segenggam ikan bilis - ditumbuk
20 biji cili api (boleh tambah kalau nak pedas lagi) - ditumbuk kasar
Air secukupnya
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  1. Satukan tepung gandum, kentang, daun kucai, bawang, ikan bilis dan cili api. Gaul rata.
  2. Bancuh dengan air yang dicampur garam.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh digoreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan hidangkan dengan sos / kuah kegemaran anda.
Itu saja. Senang kan?
Selamat mencuba..



Saturday, September 22, 2012

Sambal Kering Kulat Sisir



Pernah jumpa benda yg kat dalam gambar di atas? Nie namanya cendawan kukur ataupun kulat sisir.
Memang enak dijadikan salah satu juadah menjamu selera.

Yg nie salah satunya resepi untuk cendawan kukur atau kulat sisir.

Bahan-bahannya :-

3 cawan kulat sisir
1 keping tauhu - digoreng dan potong dadu
5 ulas bawang merah / 1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
13 biji cili api
1 cm kunyit hidup
segenggam ikan bilis - bersihkan terlebih dahulu
2 batang serai - diketuk
Garam secukupnya
Minyak masak

Cara Memasak

  1. Bersihkan cendawan terlebih dahulu. Kalau yg kering harus direndam hingga kembang. Lepas tu tumbuh separuh lumat. 
  2. Tumbuk / blend cili api, kunyit bawang besar / merah dan bawang putih hingga lumat.
  3. Tumbukn ikan bilis separa lumat.
  4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk serta serai hingga wangi. Masuk garam dan bahan perasa jika suka. Kacau hingga sebati. Masukkan cendawan & tahu goreng. Kacau hingga agak kering.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Saya tak pernah masak masakan nie. Tapi search kat internet jer. Yang penting Incik Hubby and anak suka. Dia puji...Sedap...

Resepi nie hasil dari rakan blogger kita juga..
Klik sini...






Wednesday, August 1, 2012

Masak Lemak Cendawan Kukur

Bulan-bulan puasa nie memang pening memikirkan juadah untuk berbuka terutamanya kaum ibu lah..takut tak kena selera orang yang nak berbuka. So, kat sini Annaz nk syer la masakan nie. Simple jer..



Bahan-bahannya:

Cendawan kukur atau ada gak yg panggil kulat sisir
kunyit hidup
cili api
ikan bilis
serai
bawang merah - tak letak pun tak pe
santan jangan lupa
asam keping
garam

Cara-cara masak:-

1. Cili api, kunyit, bawang diblender.
2. Cendawan dibasuh, masuk dalam periuk dan campurkan dengan bahan yg di blender tadi
3. Masukkan serai, ikan bilis. Masakkan sedikit dahulu.
4. Masukkan garam. Nk letak ajinomoto skit pun boleh klu suka.
5. Masukan santan, masak sampai mendidih.

Angkat dan sedia dihidangkan.