Friday, November 14, 2014

Resepi Puding Triffle

Lama betul tak update blog nie.. Sebelum terlupa ada baiknya Annaz update resepi Puding Triffle yang sudah agak lama dah try buat kat sini..Paling tidak untuk nota peringatan diri sendiri agar tak lupa cara-cara nak buat Puding Triffle nie..

Untuk bahan-bahan dia

 Kristal Jelly
Susu cair Ideal
Tepung kastard
 Buah peach dalam tin (boleh juga diganti dengan buah-buahan koktail atau buah segar seperti strawberry)
 Kek gulung (ikut suka nak guna prasa apa. Annaz guna yang perasa oren)

Langkah yang pertama, potong kek gulung ikut ketebalan yang kita nak.Pas tu susun kek gulung tadi dalam loyang sampai padat. Contohnya macam dalam gambar kat bawah nie. Tujuannya supaya tepung kastard tak bocor ke bawah.


 Ketepikan dulu loyang tu. Kita bancuh kastard pulak ye..


3 sudu tepung kastard (3 sudu penuh tau). Masuk dalam bekas.
Tuang 1 tin susu cair Ideal dalam bekas berisi tepung kastard tadi.
Tuang 1 tin air dalam bekas berisi tepung kastard dan susu cair tadi (sukat air guna tin susu ti juga tau..)
Pas tu letak dalam 2 sudu gula. Jangan banyak sangat gula tu sebab Jeli yang kita gunakan nanti dah ada gula.
Kacau adunan sehingga larut. Masuk dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Kacau sampai pekat dan likat. Bila adunan nie nampak macam meletup-letup, terus tutup api.


Angkat dan tuang dalam loyang berisi kek gulung tadi. Ratakan.
Masa nak tuang kastard nie, jangan duduk di bawah kipas. Nanti susah nak ratakan sebab kastard nie senang keras. Nanti jadi tak cantik kastardnya tu..

Lepas tu bolehlah susun buah-buahan pilihan anda. Annaz guna buah peach dalam tin. Tekan sikit supaya buah-buahan tu masuk sikit dalam puding tu supaya tak terangkat masa kita tuangkan jeli nanti.
Ketepikan dulu.


 Lepas nie kita masak jelly nya pula.

Masukkan 1 kotak Kristal Jelly dan campur 2 gelas air (400ml).
Masak atas dapur. Kacau sampai tak berbuih-buih dan jelly tu hancur.
Peringatan ye..jelly nie dah siap gula. Tak perlu tambah gula lagi. 
Angkat dan sejukkan sedikit sebelum tuang ke dalam loyang berisi kastard/buah tadi.

Bila dah sejuk, bolehlah dituang dalam loyang tadi. Guna senduk ye supaya tak bolos dalam puding tu..Letak sampai menutupi keseluruhan lapisan kastard/buah.


Ok..dah siap pun Puding Triffle kita. Sejukkan duu sebelum dipotong.
Pada yang berminat, boleh lah cuba resepi nie..

Saturday, October 18, 2014

Cheesekut

Kali nie Annaz nak syer resepi cheesekut yang ringkas dan sedap.. nyummm...nyummmm..


Bahan-bahan

1 pack Hup Seng Deluxe Crackers. Kalau guna Cream Crackers tu kurang sesuai coz berminyak skit.


1/2 tin susu pekat
250 gram cream cheese. Annaz guna cream cheese Tatura. Nak untung beli yang 500 gram. Boleh wat 2 kali..


4 sudu besar fresh milk. Annaz guna Dutch Lady Full Cream. 

Topping

Milo serbuk. Boleh juga letak milo 3in1 dan nestum. Ikut sukalah..

Cara membuatnya

1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan susu. Gaul sebati.
3. Celup biskut dalam susu. Jangan sampai lembik. Susun dalam loyang.
4. Kemudian sapukan campuran cream cheese dan susu tadi di atasnya. Jangan terlalu tebal.
5. Ulang langkah 3 dan 4. Buat sehingga 5 lapisan. 
6. Sapu campuran cream cheese dan susu tadi di atasnya. Sapuan ini lebih tebal dari yang sebelumnya. Tabur serbuk milo di atasnya. Letak nestum pun boleh..
7. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..

Cheesekut nie senang dibuat dan sedap.
Selamat Mencuba..

Resepi Kek Minyak

Sekarang nie ramai yang berkongsi resepi masakan dan kek di laman sosial facebook. Sedap-sedap dan cantik-cantik. Rajinnya korang ye..

So, ini semua la punca-punca Annaz terjebak sekali dalam kerja mem'baking' kek. Sekarang nie tengah fames kek minyak. Warna dia yang x tahan tengok tu colorful pelangi..

Bahan-bahan

5 biji telur ayam
1 sudu besar ovallet
3/4 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1sudu teh baking soda
pewarna 3 jenis
Perasa

Cara membuatnya

1. Pukul telur, gula dan dan ovalatte sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat da esen vanilla. Pukul sekejap. Masukkan minyak dan perisa. Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung gamdum bersama baking soda. Kemudian masukkan ke dalam bahan yang dipukul sebentar tadi. Gaul rata.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diletak warna yang berlainan ikut citarasa.
5. Tuang dalam loyang secara bertindih. Contohnya, ambil satu senduk, tuang di tengah-tengah loyang. Ambil satu senduk lagi warna yang berlainan letak di atasnya. Ulang hingga selesai.
(Loyang saiz 8" atau 9")
Kemudian corakkan ikut citarasa sendiri.



6. Bakar dalam oven dalam suhu 170'c selama 40-45 minit. Annaz bakar dalam 40 minit je.
7. Sejukkan dulu baru potong dan hidangkan.

Nie la rupanya kek yang dah masak..


Nie kek yang dah tinggal setengah. Dah bahagi-bahagi kepada jiran sebelah sebab kat rumah ada 3 orang je yang nak makan..

Monday, August 18, 2014

Makaroni Bakar

 Kali nie Annaz nak mencuba resepi yang disyer di laman FB. Request dari incik hubby haruslah ditunaikan..
Kat rumah kami jarang adanya makaroni sebab bukannya feberet kami pun. Disebabkan Makaroni Bakar nie lah makanya beli jugalah makaroni untuk tunaikan permintaan incik hubby yang tercinta..muahh..muah..!!



Bahan-Bahan :-

2 cawan makaroni (rebus sehingga lembut)
500 gm daging kisar
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*
(Semua bahan bertanda * di tumbuk)

Sedikit minyak jagung + sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal (Annaz guna F&N) + 1 tin air
sedikit daun bawang dan daun sup (resepi asal suh pilih salah satu, Annaz letak je dua-dua)
sedikit bawang goreng
4 biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella / cheddar cheese

Cara-cara Menyediakan:

1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
6. Boleh tambah juga tambah parutan mozarella /cheeddar cheese yang dah diparut sekali.
7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar, tuangkan telur di atas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Kalau suka boleh tambah cendawan butang dan lada benggala yang dipotong dadu.
9. Last sekali taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.


Makaroni bakar nie sedap dimakan ketika panas. Ternyata incik hubby suka. Lain kali boleh buat lagi..
Korang pun boleh la try bila ada kelapangan.



Selamat Mencuba..

Thursday, August 7, 2014

Mee Rebus Johor (Resepi Mee Rebus Hj Wahid)

Sudah lama benar tak merasa makan mee rebus. Selalunya kalau balik kampung, kami akan ke kedai bapa saudara untuk sarapan pagi. Kalau nasib menyebelahi, dapatlah merasa mee rebus buatannya. Tapi beliau jarang masak mee rebus nie.

Susah-susah sangat, timbullah idea untuk masak sendiri jer mee rebus. Puas hati. Makan la sampai puas. Nak kata reti masak tu jauh sekali sebab tak pernah pun masak mee rebus. Jalan penyelesaiannya, mintalah pertolongan dari Mr/Mrs Google.

So, resepi yang paling menarik hati yang menjadi pilihan untuk dicuba ialah dari Blog Cik Matahari iaitu resepi Mee Rebus Johor (Resepi Mee Rebus Hj Wahid). Kelainan mee rebus nie dari yang pernah Annaz makan ialah ianya dihidangkan bersama tepung udang kering yang rangup dan sedap..



Bahan-bahannya

2 kg mee kuning -dicelur
1/2 kg daging - dihiris halus, ataupun guna daging tetel
4 biji keledek - direbus dan kisar
1 cawan taucu - dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
5 sudu makan rempah kari daging - Annaz guna 2 peket rempah yang kecil
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Taburan Tepung Udang Kering

1/2 cawan udang kering - dikisar
80 gram tepung gandum
1/4 camt serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Hiasan

Tauhu - digoreng dan potong kecil-kecil
Daun sup, daun bawang - dimayang resepi asal letak daun sup je tp Annaz saje tambah daun bawang)
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah dua
Lada hijau - potong bulat
Taugeh - dicelur
Limau kasturi - dibelah dua

Cara-cara menyediakannya Mee Rebus Johor Hj Wahid

Tepung Udang Kering

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Cara nak menggoreng tepung nie dengan merenjis-renjis pada minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng tepung udang kering nie kena banyak tau..

Kuah Mee Rebus

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang dikisar tadi. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (Peringatan : semasa nak kisar keledek dan taucu, kita letak air supaya senang dikisar) jadi tak payah tambah air, bimbang kuahnya tak pekat. Tapi kalau pekat sangat boleh la nak tambah sikit air.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Menghidangkannya

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan hiaskan bersama tauhu goreng, daup sup, daun bawang, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan juga tepung udang kering.

Selamat Mencuba..





Thursday, July 24, 2014

Cucur Maggie

Idea nak masak cucur maggie nie ketika terbaca majalah Rasa bulan Mac 2011. Majalah nie terbaca semula ketika berkemas rumah. Sambil berkemas, belek-belek la majalah yang ada. Opcoz la lambat siap berkemas..hihihi...

Sebab resepinya mudah dan nampak sedap, jadi Annaz pun try la buat. Hasilnya tidak mengecewakan. Kalau dah sedap, Annaz nak syer la resepinya di sini..

Bahan-Bahan

1 bungkus maggie kari
4 biji bawang merah - tumbuk
2 tangkai daun bawang - hiris halus
4 biji cili merah - belah, buang biji dan potong halus
100 gram daging kisar
100 gram tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. Rebus maggie hingga kembang dan toskan.
2. Masukkan kedalam bekas berisi tepung gamdum, tepung jagung bersama daging kisar, bawang yang telah ditumbuk dan daun bawang.
3. Masukkan perencah maggie, maggie dan air suam yang bercampur garam. Gaul adunan hingga sebati.
4. Masukkan telur, gaul. Goreng dalam minyak sederhana panas.
5. Hidangkan bersama bersama sos atau kuah kesukaan anda.

Selamat mencuba..



Friday, July 4, 2014

Rendang Hitam Daging

Dalam menyambut bulan Ramadhan ini, kaum ibu yang paling pening memikirkan juadah yang nak disediakan untuk berbuka puasa dan bersahur. Salah menu, pasti menyebabkan hilangnya selera makan. Maklumlah, bulan puasa nie selera meragam..hihihi..

Samalah Annaz pun. Terfikir nak masak daging tapi menu tak pasti lagi. Jadi "jumpa" en. google untuk minta pertolongan. Ibu-Ibu moden, biasa la..Cari punya cari jumpa la resepi Rendang Hitam Daging dari Dapur Mamasya. Why not Annaz cuba jer resepi nie. Bahan-bahan semua dah ada. 

 

Jadinya, Annaz nak syer jugalah resepinya agar lebih meriah blog masakan nie.

Bahan-bahan

500 g daging
20 tangkai cili kering dikisar - cili boh pun boleh
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai dititik
4 sudu besar kicap pekat - kalau tak de boleh ganti dengan 6 sb kicar cair + 1 sb sos tiram. Annaz letak 5 sudu kicap..
Minyak untuk menumis
1tsb cuka makan
2 sb kerisik
Garam dan gula secukupnya
daun pandan untuk wangi (jika suka)

Penumis

4 ulas bawang kecil dihiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Memasak

Cili kering, bawang besar dan bawa putih dikisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili. Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan serai. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera. Biarkan sehingga kuah agak pekat. Dah masak, hidangkan sebagai juadah pembuka selera. 

Sesiapa yang berminat boleh la try resepi nie sebab memang sedap..