Monday, September 5, 2016

Resepi Spageti Oglio

Hari nie terasa2 kat tekak nak makan spageti.. so dalam fikiran tak fikir lain dah melainkan spageti.. Masak yang paling ringkas ikut citarasa sendiri..



BAHAN-BAHAN
500g spaghetti
10 ekor udang2
Minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit kobis bunga
Sedikit brokoli
Sedikit lobak merah
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam

CARA MEMASAK

1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus udang sehingga hampir masak dan toskan. Simpan air rebusan udang ini.
2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan sayur. Kacau sebentar.
3.Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
4. Masukkan serbuk oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
5. Masukkan spaghetti dan udang yang telah direbus tadi. Kacau hingga sekata.
6. Siap untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment