Monday, August 18, 2014

Makaroni Bakar

 Kali nie Annaz nak mencuba resepi yang disyer di laman FB. Request dari incik hubby haruslah ditunaikan..
Kat rumah kami jarang adanya makaroni sebab bukannya feberet kami pun. Disebabkan Makaroni Bakar nie lah makanya beli jugalah makaroni untuk tunaikan permintaan incik hubby yang tercinta..muahh..muah..!!



Bahan-Bahan :-

2 cawan makaroni (rebus sehingga lembut)
500 gm daging kisar
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*
(Semua bahan bertanda * di tumbuk)

Sedikit minyak jagung + sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal (Annaz guna F&N) + 1 tin air
sedikit daun bawang dan daun sup (resepi asal suh pilih salah satu, Annaz letak je dua-dua)
sedikit bawang goreng
4 biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella / cheddar cheese

Cara-cara Menyediakan:

1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
6. Boleh tambah juga tambah parutan mozarella /cheeddar cheese yang dah diparut sekali.
7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar, tuangkan telur di atas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Kalau suka boleh tambah cendawan butang dan lada benggala yang dipotong dadu.
9. Last sekali taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.


Makaroni bakar nie sedap dimakan ketika panas. Ternyata incik hubby suka. Lain kali boleh buat lagi..
Korang pun boleh la try bila ada kelapangan.



Selamat Mencuba..

Thursday, August 7, 2014

Mee Rebus Johor (Resepi Mee Rebus Hj Wahid)

Sudah lama benar tak merasa makan mee rebus. Selalunya kalau balik kampung, kami akan ke kedai bapa saudara untuk sarapan pagi. Kalau nasib menyebelahi, dapatlah merasa mee rebus buatannya. Tapi beliau jarang masak mee rebus nie.

Susah-susah sangat, timbullah idea untuk masak sendiri jer mee rebus. Puas hati. Makan la sampai puas. Nak kata reti masak tu jauh sekali sebab tak pernah pun masak mee rebus. Jalan penyelesaiannya, mintalah pertolongan dari Mr/Mrs Google.

So, resepi yang paling menarik hati yang menjadi pilihan untuk dicuba ialah dari Blog Cik Matahari iaitu resepi Mee Rebus Johor (Resepi Mee Rebus Hj Wahid). Kelainan mee rebus nie dari yang pernah Annaz makan ialah ianya dihidangkan bersama tepung udang kering yang rangup dan sedap..



Bahan-bahannya

2 kg mee kuning -dicelur
1/2 kg daging - dihiris halus, ataupun guna daging tetel
4 biji keledek - direbus dan kisar
1 cawan taucu - dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
5 sudu makan rempah kari daging - Annaz guna 2 peket rempah yang kecil
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Taburan Tepung Udang Kering

1/2 cawan udang kering - dikisar
80 gram tepung gandum
1/4 camt serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Hiasan

Tauhu - digoreng dan potong kecil-kecil
Daun sup, daun bawang - dimayang resepi asal letak daun sup je tp Annaz saje tambah daun bawang)
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah dua
Lada hijau - potong bulat
Taugeh - dicelur
Limau kasturi - dibelah dua

Cara-cara menyediakannya Mee Rebus Johor Hj Wahid

Tepung Udang Kering

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Cara nak menggoreng tepung nie dengan merenjis-renjis pada minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng tepung udang kering nie kena banyak tau..

Kuah Mee Rebus

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang dikisar tadi. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (Peringatan : semasa nak kisar keledek dan taucu, kita letak air supaya senang dikisar) jadi tak payah tambah air, bimbang kuahnya tak pekat. Tapi kalau pekat sangat boleh la nak tambah sikit air.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Menghidangkannya

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan hiaskan bersama tauhu goreng, daup sup, daun bawang, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan juga tepung udang kering.

Selamat Mencuba..





Thursday, July 24, 2014

Cucur Maggie

Idea nak masak cucur maggie nie ketika terbaca majalah Rasa bulan Mac 2011. Majalah nie terbaca semula ketika berkemas rumah. Sambil berkemas, belek-belek la majalah yang ada. Opcoz la lambat siap berkemas..hihihi...

Sebab resepinya mudah dan nampak sedap, jadi Annaz pun try la buat. Hasilnya tidak mengecewakan. Kalau dah sedap, Annaz nak syer la resepinya di sini..

Bahan-Bahan

1 bungkus maggie kari
4 biji bawang merah - tumbuk
2 tangkai daun bawang - hiris halus
4 biji cili merah - belah, buang biji dan potong halus
100 gram daging kisar
100 gram tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. Rebus maggie hingga kembang dan toskan.
2. Masukkan kedalam bekas berisi tepung gamdum, tepung jagung bersama daging kisar, bawang yang telah ditumbuk dan daun bawang.
3. Masukkan perencah maggie, maggie dan air suam yang bercampur garam. Gaul adunan hingga sebati.
4. Masukkan telur, gaul. Goreng dalam minyak sederhana panas.
5. Hidangkan bersama bersama sos atau kuah kesukaan anda.

Selamat mencuba..



Friday, July 4, 2014

Rendang Hitam Daging

Dalam menyambut bulan Ramadhan ini, kaum ibu yang paling pening memikirkan juadah yang nak disediakan untuk berbuka puasa dan bersahur. Salah menu, pasti menyebabkan hilangnya selera makan. Maklumlah, bulan puasa nie selera meragam..hihihi..

Samalah Annaz pun. Terfikir nak masak daging tapi menu tak pasti lagi. Jadi "jumpa" en. google untuk minta pertolongan. Ibu-Ibu moden, biasa la..Cari punya cari jumpa la resepi Rendang Hitam Daging dari Dapur Mamasya. Why not Annaz cuba jer resepi nie. Bahan-bahan semua dah ada. 

 

Jadinya, Annaz nak syer jugalah resepinya agar lebih meriah blog masakan nie.

Bahan-bahan

500 g daging
20 tangkai cili kering dikisar - cili boh pun boleh
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai dititik
4 sudu besar kicap pekat - kalau tak de boleh ganti dengan 6 sb kicar cair + 1 sb sos tiram. Annaz letak 5 sudu kicap..
Minyak untuk menumis
1tsb cuka makan
2 sb kerisik
Garam dan gula secukupnya
daun pandan untuk wangi (jika suka)

Penumis

4 ulas bawang kecil dihiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Memasak

Cili kering, bawang besar dan bawa putih dikisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili. Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan serai. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera. Biarkan sehingga kuah agak pekat. Dah masak, hidangkan sebagai juadah pembuka selera. 

Sesiapa yang berminat boleh la try resepi nie sebab memang sedap..


Tuesday, June 24, 2014

Gulai Ikan Campur Buah Kundang

Masa balik kampung baru-baru nie, kundang tengah banyak buahnya. Sebab banyak sangat, mak suruh bawa balik KL dan bagi je kat sesapa yang nak. Dah tak termakan. Itu pun banyak yang dah masak atas pokok tu.

Dah diagih-agihnya, banyak juga yang tinggal lagi. Jadi yang muda-muda tu Annaz gulai dengan ikan. Sedap tau.. Nak try, follow resepi kat bawah nie..


Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung sederhana besar. Ikan keli salai pun boleh. Lagi sedap.
Cili api - ikut kepedasan
Kunyit hidup
3 biji lada hijau -belah dua. Jangan sampai putus.
6 biji buah kundang muda dibelah dan buang bijinya - nak lebih pun boleh juga
250 ml santan -Annaz guna santan kotak
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Memasak

1. Kunyit dan cili api diblender.
2. Masukkan ikan, kunyit dan cili yang dah diblender serta buah kundang ke dalam periuk. Letak sedikit air. Masakkan sebentar.
3. Masukkan santan. Kacau supaya tidak berketul.
4. Masukkan cili hijau.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
6. Bila dah menggelegak, tutup api. 
7. Hidangkan bersama juadah anda..

Senang kan? Jom masak..


Tuesday, May 13, 2014

Tahu Goreng Berdaging

Baru-baru nie Annaz ada cuba satu resepi yang dikongsi oleh sorang opismate. Boleh tahan rasanya. Jadi Annaz try buat. Hasilnya tidak menghampakan.

Oleh itu, Annaz nak syer resepinya dengan u all. Ilmu jangan kedekut, betul tak?..


Bahan-bahan

2 peket tahu telur
3 ketul tahu putih
3 biji telur

Blend semua bahan di atas.

Daging ayam cincang. Annaz guna jenama Ramly Burger. Dalam tu ada 2 keping. Guna sekeping je tau..
2 biji cili merah dibelah empat, buang biji dan racik halus. Kalau nak pedas boleh juga letak cili api
Daun sup juga dipotong halus
Segenggam bawang goreng - diramas
Lada sulah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak zaitun/minyak bijan

Cara-caranya

Masuk bahan yang diblender tadi dalam mangkuk.
Masukkan daup sup, cili merah, daging ayam cincang, bawang goreng. 
Gaul sebati. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan lada sulah. Gaul rata. Boleh ditambah minyak zaitun atau minyak bijan. Minyak bunga matahari pun boleh.
Lepas tu masukkan dalam bekas plastik macam gambar kat bawah nie. Jangan terlalu tebal sebab ianya akan kembang bila dikukus.


Kukus selama 40 ke 45 minit.
Dah siap kukus, sejukkan terlebih dahulu. Biar betul-betul sejuk.


Bila dah sejuk, potong dadu. Saiz ikut suka u all la ye..


Celup telur dan goreng. Cara goreng sama macam bergedil. Sedap dimakan dengan sos. Makan begitu saja pun sedap..

Selamat mencuba...

Monday, March 3, 2014

Puding Koktel Berkuah

Semenjak dua menjak nie cuaca amat panas. Time macam nie la kita nak cari sesuatu minuman penghilang dahaga. Sudah semestinya minuman berais.

Hari nie disebabkan baru balik dari bawa anak jalan-jalan. Memang penat semacam je rasanya. Terasa nak buat koktel. Lagipun dah lama nk buat koktel nie tapi belum kesampaian. Hari nie termakbul juga hasrat hati..


Senang je nak buat koktel nie. Jadi Annaz nak syer resepinya di sini. Sesapa nak cuba, silakan.

PUDING KASTARD

1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
4 cawan air

Satukan semua bahan di atas. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Kacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.

Bila dah likat, tuang dalam acuan kecil-kecil atau masukkan dalam acuan. Sejukkan.


KUAH

1 tin susu cair
2 tin air - sukat guna tin susu cair tadi
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard

Satukan semua bahan. Masak di atas api. Masak sekejap je tau. Tutup api.

ISINYA

1 tin fruit koktel


Puding yang kita buat tadi tu..

Annaz juga suka guna jeli atau puding nie. Beli kat kedai banyak..


Annaz guna jenama nie


Nak guna jeli kain pun boleh gak.
Senangkan?
Cubalah buat nanti, ye..