Friday, November 14, 2014

Resepi Puding Triffle

Lama betul tak update blog nie.. Sebelum terlupa ada baiknya Annaz update resepi Puding Triffle yang sudah agak lama dah try buat kat sini..Paling tidak untuk nota peringatan diri sendiri agar tak lupa cara-cara nak buat Puding Triffle nie..

Untuk bahan-bahan dia

 Kristal Jelly
Susu cair Ideal
Tepung kastard
 Buah peach dalam tin (boleh juga diganti dengan buah-buahan koktail atau buah segar seperti strawberry)
 Kek gulung (ikut suka nak guna prasa apa. Annaz guna yang perasa oren)

Langkah yang pertama, potong kek gulung ikut ketebalan yang kita nak.Pas tu susun kek gulung tadi dalam loyang sampai padat. Contohnya macam dalam gambar kat bawah nie. Tujuannya supaya tepung kastard tak bocor ke bawah.


 Ketepikan dulu loyang tu. Kita bancuh kastard pulak ye..


3 sudu tepung kastard (3 sudu penuh tau). Masuk dalam bekas.
Tuang 1 tin susu cair Ideal dalam bekas berisi tepung kastard tadi.
Tuang 1 tin air dalam bekas berisi tepung kastard dan susu cair tadi (sukat air guna tin susu ti juga tau..)
Pas tu letak dalam 2 sudu gula. Jangan banyak sangat gula tu sebab Jeli yang kita gunakan nanti dah ada gula.
Kacau adunan sehingga larut. Masuk dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Kacau sampai pekat dan likat. Bila adunan nie nampak macam meletup-letup, terus tutup api.


Angkat dan tuang dalam loyang berisi kek gulung tadi. Ratakan.
Masa nak tuang kastard nie, jangan duduk di bawah kipas. Nanti susah nak ratakan sebab kastard nie senang keras. Nanti jadi tak cantik kastardnya tu..

Lepas tu bolehlah susun buah-buahan pilihan anda. Annaz guna buah peach dalam tin. Tekan sikit supaya buah-buahan tu masuk sikit dalam puding tu supaya tak terangkat masa kita tuangkan jeli nanti.
Ketepikan dulu.


 Lepas nie kita masak jelly nya pula.

Masukkan 1 kotak Kristal Jelly dan campur 2 gelas air (400ml).
Masak atas dapur. Kacau sampai tak berbuih-buih dan jelly tu hancur.
Peringatan ye..jelly nie dah siap gula. Tak perlu tambah gula lagi. 
Angkat dan sejukkan sedikit sebelum tuang ke dalam loyang berisi kastard/buah tadi.

Bila dah sejuk, bolehlah dituang dalam loyang tadi. Guna senduk ye supaya tak bolos dalam puding tu..Letak sampai menutupi keseluruhan lapisan kastard/buah.


Ok..dah siap pun Puding Triffle kita. Sejukkan duu sebelum dipotong.
Pada yang berminat, boleh lah cuba resepi nie..

Saturday, October 18, 2014

Cheesekut

Kali nie Annaz nak syer resepi cheesekut yang ringkas dan sedap.. nyummm...nyummmm..


Bahan-bahan

1 pack Hup Seng Deluxe Crackers. Kalau guna Cream Crackers tu kurang sesuai coz berminyak skit.


1/2 tin susu pekat
250 gram cream cheese. Annaz guna cream cheese Tatura. Nak untung beli yang 500 gram. Boleh wat 2 kali..


4 sudu besar fresh milk. Annaz guna Dutch Lady Full Cream. 

Topping

Milo serbuk. Boleh juga letak milo 3in1 dan nestum. Ikut sukalah..

Cara membuatnya

1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan susu. Gaul sebati.
3. Celup biskut dalam susu. Jangan sampai lembik. Susun dalam loyang.
4. Kemudian sapukan campuran cream cheese dan susu tadi di atasnya. Jangan terlalu tebal.
5. Ulang langkah 3 dan 4. Buat sehingga 5 lapisan. 
6. Sapu campuran cream cheese dan susu tadi di atasnya. Sapuan ini lebih tebal dari yang sebelumnya. Tabur serbuk milo di atasnya. Letak nestum pun boleh..
7. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..

Cheesekut nie senang dibuat dan sedap.
Selamat Mencuba..

Resepi Kek Minyak

Sekarang nie ramai yang berkongsi resepi masakan dan kek di laman sosial facebook. Sedap-sedap dan cantik-cantik. Rajinnya korang ye..

So, ini semua la punca-punca Annaz terjebak sekali dalam kerja mem'baking' kek. Sekarang nie tengah fames kek minyak. Warna dia yang x tahan tengok tu colorful pelangi..

Bahan-bahan

5 biji telur ayam
1 sudu besar ovallet
3/4 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1sudu teh baking soda
pewarna 3 jenis
Perasa

Cara membuatnya

1. Pukul telur, gula dan dan ovalatte sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat da esen vanilla. Pukul sekejap. Masukkan minyak dan perisa. Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung gamdum bersama baking soda. Kemudian masukkan ke dalam bahan yang dipukul sebentar tadi. Gaul rata.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diletak warna yang berlainan ikut citarasa.
5. Tuang dalam loyang secara bertindih. Contohnya, ambil satu senduk, tuang di tengah-tengah loyang. Ambil satu senduk lagi warna yang berlainan letak di atasnya. Ulang hingga selesai.
(Loyang saiz 8" atau 9")
Kemudian corakkan ikut citarasa sendiri.



6. Bakar dalam oven dalam suhu 170'c selama 40-45 minit. Annaz bakar dalam 40 minit je.
7. Sejukkan dulu baru potong dan hidangkan.

Nie la rupanya kek yang dah masak..


Nie kek yang dah tinggal setengah. Dah bahagi-bahagi kepada jiran sebelah sebab kat rumah ada 3 orang je yang nak makan..

Monday, August 18, 2014

Makaroni Bakar

 Kali nie Annaz nak mencuba resepi yang disyer di laman FB. Request dari incik hubby haruslah ditunaikan..
Kat rumah kami jarang adanya makaroni sebab bukannya feberet kami pun. Disebabkan Makaroni Bakar nie lah makanya beli jugalah makaroni untuk tunaikan permintaan incik hubby yang tercinta..muahh..muah..!!



Bahan-Bahan :-

2 cawan makaroni (rebus sehingga lembut)
500 gm daging kisar
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*
(Semua bahan bertanda * di tumbuk)

Sedikit minyak jagung + sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal (Annaz guna F&N) + 1 tin air
sedikit daun bawang dan daun sup (resepi asal suh pilih salah satu, Annaz letak je dua-dua)
sedikit bawang goreng
4 biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella / cheddar cheese

Cara-cara Menyediakan:

1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
6. Boleh tambah juga tambah parutan mozarella /cheeddar cheese yang dah diparut sekali.
7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar, tuangkan telur di atas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese kalau suka.
8. Kalau suka boleh tambah cendawan butang dan lada benggala yang dipotong dadu.
9. Last sekali taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.

9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.


Makaroni bakar nie sedap dimakan ketika panas. Ternyata incik hubby suka. Lain kali boleh buat lagi..
Korang pun boleh la try bila ada kelapangan.



Selamat Mencuba..

Thursday, August 7, 2014

Mee Rebus Johor (Resepi Mee Rebus Hj Wahid)

Sudah lama benar tak merasa makan mee rebus. Selalunya kalau balik kampung, kami akan ke kedai bapa saudara untuk sarapan pagi. Kalau nasib menyebelahi, dapatlah merasa mee rebus buatannya. Tapi beliau jarang masak mee rebus nie.

Susah-susah sangat, timbullah idea untuk masak sendiri jer mee rebus. Puas hati. Makan la sampai puas. Nak kata reti masak tu jauh sekali sebab tak pernah pun masak mee rebus. Jalan penyelesaiannya, mintalah pertolongan dari Mr/Mrs Google.

So, resepi yang paling menarik hati yang menjadi pilihan untuk dicuba ialah dari Blog Cik Matahari iaitu resepi Mee Rebus Johor (Resepi Mee Rebus Hj Wahid). Kelainan mee rebus nie dari yang pernah Annaz makan ialah ianya dihidangkan bersama tepung udang kering yang rangup dan sedap..



Bahan-bahannya

2 kg mee kuning -dicelur
1/2 kg daging - dihiris halus, ataupun guna daging tetel
4 biji keledek - direbus dan kisar
1 cawan taucu - dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 biji bawang merah - dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
3 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
5 sudu makan rempah kari daging - Annaz guna 2 peket rempah yang kecil
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Taburan Tepung Udang Kering

1/2 cawan udang kering - dikisar
80 gram tepung gandum
1/4 camt serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Untuk Hiasan

Tauhu - digoreng dan potong kecil-kecil
Daun sup, daun bawang - dimayang resepi asal letak daun sup je tp Annaz saje tambah daun bawang)
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah dua
Lada hijau - potong bulat
Taugeh - dicelur
Limau kasturi - dibelah dua

Cara-cara menyediakannya Mee Rebus Johor Hj Wahid

Tepung Udang Kering

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Cara nak menggoreng tepung nie dengan merenjis-renjis pada minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng tepung udang kering nie kena banyak tau..

Kuah Mee Rebus

  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang dikisar tadi. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan taucu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (Peringatan : semasa nak kisar keledek dan taucu, kita letak air supaya senang dikisar) jadi tak payah tambah air, bimbang kuahnya tak pekat. Tapi kalau pekat sangat boleh la nak tambah sikit air.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Menghidangkannya

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan hiaskan bersama tauhu goreng, daup sup, daun bawang, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan juga tepung udang kering.

Selamat Mencuba..





Thursday, July 24, 2014

Cucur Maggie

Idea nak masak cucur maggie nie ketika terbaca majalah Rasa bulan Mac 2011. Majalah nie terbaca semula ketika berkemas rumah. Sambil berkemas, belek-belek la majalah yang ada. Opcoz la lambat siap berkemas..hihihi...

Sebab resepinya mudah dan nampak sedap, jadi Annaz pun try la buat. Hasilnya tidak mengecewakan. Kalau dah sedap, Annaz nak syer la resepinya di sini..

Bahan-Bahan

1 bungkus maggie kari
4 biji bawang merah - tumbuk
2 tangkai daun bawang - hiris halus
4 biji cili merah - belah, buang biji dan potong halus
100 gram daging kisar
100 gram tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Air suam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

1. Rebus maggie hingga kembang dan toskan.
2. Masukkan kedalam bekas berisi tepung gamdum, tepung jagung bersama daging kisar, bawang yang telah ditumbuk dan daun bawang.
3. Masukkan perencah maggie, maggie dan air suam yang bercampur garam. Gaul adunan hingga sebati.
4. Masukkan telur, gaul. Goreng dalam minyak sederhana panas.
5. Hidangkan bersama bersama sos atau kuah kesukaan anda.

Selamat mencuba..



Friday, July 4, 2014

Rendang Hitam Daging

Dalam menyambut bulan Ramadhan ini, kaum ibu yang paling pening memikirkan juadah yang nak disediakan untuk berbuka puasa dan bersahur. Salah menu, pasti menyebabkan hilangnya selera makan. Maklumlah, bulan puasa nie selera meragam..hihihi..

Samalah Annaz pun. Terfikir nak masak daging tapi menu tak pasti lagi. Jadi "jumpa" en. google untuk minta pertolongan. Ibu-Ibu moden, biasa la..Cari punya cari jumpa la resepi Rendang Hitam Daging dari Dapur Mamasya. Why not Annaz cuba jer resepi nie. Bahan-bahan semua dah ada. 

 

Jadinya, Annaz nak syer jugalah resepinya agar lebih meriah blog masakan nie.

Bahan-bahan

500 g daging
20 tangkai cili kering dikisar - cili boh pun boleh
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai dititik
4 sudu besar kicap pekat - kalau tak de boleh ganti dengan 6 sb kicar cair + 1 sb sos tiram. Annaz letak 5 sudu kicap..
Minyak untuk menumis
1tsb cuka makan
2 sb kerisik
Garam dan gula secukupnya
daun pandan untuk wangi (jika suka)

Penumis

4 ulas bawang kecil dihiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Memasak

Cili kering, bawang besar dan bawa putih dikisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili. Masukkan daging yang telah dipotong kecil dan serai. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera. Biarkan sehingga kuah agak pekat. Dah masak, hidangkan sebagai juadah pembuka selera. 

Sesiapa yang berminat boleh la try resepi nie sebab memang sedap..


Tuesday, June 24, 2014

Gulai Ikan Campur Buah Kundang

Masa balik kampung baru-baru nie, kundang tengah banyak buahnya. Sebab banyak sangat, mak suruh bawa balik KL dan bagi je kat sesapa yang nak. Dah tak termakan. Itu pun banyak yang dah masak atas pokok tu.

Dah diagih-agihnya, banyak juga yang tinggal lagi. Jadi yang muda-muda tu Annaz gulai dengan ikan. Sedap tau.. Nak try, follow resepi kat bawah nie..


Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung sederhana besar. Ikan keli salai pun boleh. Lagi sedap.
Cili api - ikut kepedasan
Kunyit hidup
3 biji lada hijau -belah dua. Jangan sampai putus.
6 biji buah kundang muda dibelah dan buang bijinya - nak lebih pun boleh juga
250 ml santan -Annaz guna santan kotak
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Memasak

1. Kunyit dan cili api diblender.
2. Masukkan ikan, kunyit dan cili yang dah diblender serta buah kundang ke dalam periuk. Letak sedikit air. Masakkan sebentar.
3. Masukkan santan. Kacau supaya tidak berketul.
4. Masukkan cili hijau.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
6. Bila dah menggelegak, tutup api. 
7. Hidangkan bersama juadah anda..

Senang kan? Jom masak..


Tuesday, May 13, 2014

Tahu Goreng Berdaging

Baru-baru nie Annaz ada cuba satu resepi yang dikongsi oleh sorang opismate. Boleh tahan rasanya. Jadi Annaz try buat. Hasilnya tidak menghampakan.

Oleh itu, Annaz nak syer resepinya dengan u all. Ilmu jangan kedekut, betul tak?..


Bahan-bahan

2 peket tahu telur
3 ketul tahu putih
3 biji telur

Blend semua bahan di atas.

Daging ayam cincang. Annaz guna jenama Ramly Burger. Dalam tu ada 2 keping. Guna sekeping je tau..
2 biji cili merah dibelah empat, buang biji dan racik halus. Kalau nak pedas boleh juga letak cili api
Daun sup juga dipotong halus
Segenggam bawang goreng - diramas
Lada sulah
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak zaitun/minyak bijan

Cara-caranya

Masuk bahan yang diblender tadi dalam mangkuk.
Masukkan daup sup, cili merah, daging ayam cincang, bawang goreng. 
Gaul sebati. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan lada sulah. Gaul rata. Boleh ditambah minyak zaitun atau minyak bijan. Minyak bunga matahari pun boleh.
Lepas tu masukkan dalam bekas plastik macam gambar kat bawah nie. Jangan terlalu tebal sebab ianya akan kembang bila dikukus.


Kukus selama 40 ke 45 minit.
Dah siap kukus, sejukkan terlebih dahulu. Biar betul-betul sejuk.


Bila dah sejuk, potong dadu. Saiz ikut suka u all la ye..


Celup telur dan goreng. Cara goreng sama macam bergedil. Sedap dimakan dengan sos. Makan begitu saja pun sedap..

Selamat mencuba...

Monday, March 3, 2014

Puding Koktel Berkuah

Semenjak dua menjak nie cuaca amat panas. Time macam nie la kita nak cari sesuatu minuman penghilang dahaga. Sudah semestinya minuman berais.

Hari nie disebabkan baru balik dari bawa anak jalan-jalan. Memang penat semacam je rasanya. Terasa nak buat koktel. Lagipun dah lama nk buat koktel nie tapi belum kesampaian. Hari nie termakbul juga hasrat hati..


Senang je nak buat koktel nie. Jadi Annaz nak syer resepinya di sini. Sesapa nak cuba, silakan.

PUDING KASTARD

1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
1 cawan susu cair
4 cawan air

Satukan semua bahan di atas. Masak di atas api sederhana sehingga likat. Kacau sentiasa supaya tidak berketul-ketul.

Bila dah likat, tuang dalam acuan kecil-kecil atau masukkan dalam acuan. Sejukkan.


KUAH

1 tin susu cair
2 tin air - sukat guna tin susu cair tadi
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard

Satukan semua bahan. Masak di atas api. Masak sekejap je tau. Tutup api.

ISINYA

1 tin fruit koktel


Puding yang kita buat tadi tu..

Annaz juga suka guna jeli atau puding nie. Beli kat kedai banyak..


Annaz guna jenama nie


Nak guna jeli kain pun boleh gak.
Senangkan?
Cubalah buat nanti, ye..

Saturday, March 1, 2014

Roti Lapis Daging Berkeju

Hari nie seawal jam 5 pagi Annaz dah bangun. Dah 2 hari bercadang nak buat roti berlapis daging berkeju. Ingatkan malam tadi nak buat tapi badan terasa penat sangat.


Inilah rupanya roti daging yang dah siap dimasak. Tak sabar nak menjamah roti berlapis daging berkeju buatan sendiri nie. Tapi sebelum tu Annaz nak syer ngan korang resepinya ye...

Bahan yang digunakan

6 keping roti Gardenia
4 keping keju cheddar - jenama lain pun boleh
3 biji telur
200 ml susu segar / susu full cream -Annaz guna susu cair dalam tin je

Inti

300 gram daging kisar
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - potong dadu
1 sudu serbuk kari daging
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
Garam secukupnya.

Cara nak masak intinya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah dipotong dadu hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar bersama serbuk kari daging, serbuk lada hitam dan lada sulah. Masukkan sedikit air. 
  3. Perasakan dengan garam secukupnya. Jangan banyak sangat garamnya sebab keju yang digunakan tu dah masin.
  4. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

Sekarang, bolehlah kita start keje-keje untuk menyediakan lapisan roti, daging dan keju.

Mula-mula pukul telur bersama susu tadi sehingga sebati. Lepas tu sediakan loyang pembakar yan disapu dengan mentega atau dialas dengan aluminium foil. Nak mudah beli jer tray aluminium macam kat dalam gambar di bawah nie. Annaz guna yang macam nie je. Sapu dengan mentegar dulu takut lekat.



Roti yang nak digunakan tadi tu potong tepi-tepi yang warna coklat tu. Tak potong pun tak pe. Celup roti sekeping-sekeping dan susun dalam acuan.

Letak inti daging di atasnya dan ratakan. Kemudian lapiskan kepingkan keju cheddar di atasnya. Itu lapisan yang pertama.

Lapisan yang kedua pula ulang langkah yang sama. Celup roti dalam campuran telur dan susu tadi dan lapiskan di atas lapisan yang pertama. Letak inti daging dan ratakan. Lapiskan kepingan keju dan lapiskan lagi dengan roti yang dicelup dengan campuran susu dan telur tadi.

Kalau ada balance campuran telur dan susu tadi, tuang je ke atas lapisan roti tadi. Taburkan keju mozarella di atasnya. Lagi banyak lagi sedap.

Akhir sekali, bakar dalam oven dalam suhu 180 darjah celsius selama 35 - 40 minit. Dah masak bolehlah dihidangkan. Sedap makan time panas-panas tau. Rasanya macam lasagna..


Macam nie la rupanya yang dah di potong. Nampak lapisannya.

Sedap...rugi tak rasa.

Wednesday, February 26, 2014

Pavlova

Sudah lama teringin nak buat pavlova sendiri. Tapi tak konfiden sebab macam susah je. Sehinggalah Aina minta tolong buatkan pavlova untuk dia. Dia teringatkan pavlova yang dia yang dia makan kat rumah classmate dia.

Permintaan anak tak sampai hati tak ditunaikan. Jadi cari resepi dengan pertolongan incik google. Resepi siapakah yang terpilih? Tunggu di bahagian akhir entry ini...


Kita mulakan sekarang..

4 biji telur - telur nie ambil yang putih saja. Tak nak telur yang dalam peti ais tau.

3/4 cawan gula - Annaz guna gula halus. Kalau korang suka manis, guna 1 cawan. Kalau tak, itu sudah mencukupi.

1 sudu tepung jagung
1/2 sudu cuka makan
1/2 sudu esen vanilla

Cara menyediakannya :-

Panaskan oven terlebih dahulu dalam 140 darjah celsius. Guna api bawah saja. Bila nak mula masak baru turunkan suhu kepada 110 darjah celsius.


Mula-mula asingkan putih telur dengan kuning telur. Ambil yang putih saja tau. Yang kuning tu sukati korang lah...

Putar putih telur tu dengan kelajuan yang tinggi sehingga gebu. Kalau nak tau dah ok ke belum, telangkupkan mangkuk. Kalau putih telur tu tak jatuh, kira dah ok la tu..

Seterusnya, dengan kelajuan tinggi, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Jangan berhenti putar. Putar hingga kental. Masukkan 1 sudu tepung jagung ke dalam adunan. Jangan hentikan mixer tu, ok..putar lagi dalam 3 minit.

Bila dah sebati, padam mixer tu.  Masukkan cuka dan esen vanilla. Guna spatula untuk gaul. Kaup dan balikkan adunan hingga sebati.

Sediakan dulang pembakar dan dilapik dengan baking peper. Tuang adunan ke atas baking paper tu. Buat saiz yang sedang-sedang. Agih adunan kepada 2 bahagian untuk buat 2 layer pavlova. Nak buat 1 pun boleh. Ikut korang la kan..

Pastikan adunan jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Kalau boleh keliling dia lebih tinggi dari bahagian tengah.

Masuk dalam oven. Letak kat rak yang tengah-tengah. Letak suhu 110 darjah celsius. Bakar selama 1 jam 15 minit. Nak tau dah masak ke belum, kulitnya garing di luar lembut di dalam. Peringatan, jangan gatal-gatal bukak oven tu ye..

Bila dah cukup 1 jam 15 minit, oven tu akan bunyi tingggg...ha..siap bunyi lagi, jangan kuarkan pavlova korang dari oven tau. Renggangkan pintu oven jer tau. Biar di bertapa dalam tu..Korang boleh la start buat toppingnya..

Bahan untuk topping

Secawan @250ml whipping cream.
Fyi, whipping cream nie bukan semua sesuai untuk buat topping. Make sure korang beli whipping cream yang Non Dairy (bukan tenusu). Nak senang cari yang kat kotaknya.ada tulis cake and desert topping. Paling selamat cari kat bakery..

Putar whipping cream tu dengan kelajuan tinggi sampai kental. Sementara tu, potong buah-buahan untuk hiasan. Boleh la guna buah strawberry, kiwi, anggur hitam dan blueberry.

Cara menghias

Ambil sekeping pavlova. Hati-hati ketika mengasingkannya dari baking paper sebab ianya lembut macam mashmellow. Letak dalam pinggan atau apa je yang korang nak guna.

Letak krim di atas pavlova tu dan susun buah-buahan di atasnya. Untuk jadikan 2 layer, letakkan sekeping lagi pavlova di atas lapisan yang pertama tadi.

Ulangi langkah pertama. Sapukan baki krim di atasnya dan susun buah-buahan ikut kreativiti korang. Search jer kat google macam mana nak susun buah-buahan kat atas pavlova tu..


Inilah hasilnya sudah pun siap.. Nak makan? Sabar dulu. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan...

Tq kepada Pemilik Resepi..

Saturday, February 22, 2014

Aiskrim goreng yang sedap dan mudah..

Teringat-ingat aiskrim yang pernah Annaz beli kat pasar malam. Dulu kalau beli satu, syer 2 orang. Sekarang dah bertiga. Gerenti tak cukup. Sekadar wat tahi gigi je la...


Nak syer resepinya macam kelakar pun ada sebab aiskrim goreng nie sambil pejam mata pun boleh buat..

Bahan-bahannya


Roti..
Tak kisahlah jenama apa pun yang korang suka. Annaz guna roti Gardenia..


Aiskrim..
Ikut yang korang suka. Beli yang mahal skit sebab rasanya sedap dan aiskrimnya halus. Annaz guna aiskrim yang murah je sebab baru mencuba.

Sediakan cawan atau bekas air yang bulat. Jangan terlalu besar dan jangan kecil sangat. Garpu dan sudu..

Kaedahnya

Mula-mula ambil sekeping roti. Sudukan aiskrim kegemaran korang dan letak diatasnya macam nie..

Jangan letak terlalu banyak.

Ambil sekeping lagi roti letak di atasnya.


Kemudian ambil cawan atau bekas air, tekap di atasnya sampai bahagian tepinya terputus..


Lepas tu untuk kemaskan bahagian tepinya, tekap dengan garpu. 
Inilah hasilnya..

...tunjuk satu je..hihihi..

Masukkan dalam plastik. Asingkan plastiknya sebab dikhuatiri akan melekat-lekat antara satu sama lain. Frozenkan dahulu dalam 4-5 jam supaya ianya keras.

Cara nak goreng..

Panaskan minyak. Biar betul-betul panas tau. Nak goreng aiskrim nie guna kaedah deep fried. Minyak kena banyak. Celup-celup je dalam minyak panas sampai kulitnya warna kekuningan.
Jangan biar rendam terlalu lama dalam minyak. Takut nanti korang makan aiskrim goreng berminyak-minyak pulak.

Hasilnya, rangup di luar, sejuk di dalam. Kena makan segera. Bila dah sejuk dah tak sedap bila aiskrim di dalamnya cair.

Tak dapat nak tunjuk kat korang yang dah siap goreng sebab aiskrim-aiskrim tu sedang bertapa dalam freezer..

Selamat mencuba..




Tuesday, January 28, 2014

Keli Goreng Berlada

Sudah lama tak menjengah blog nie. Dalam erti kata dah lama tak ber'update'. Adakalanya mood ada idea tak ada. Itulah yang membantutkan proses meng'update' blog nie.

Jadi hari nie Annaz nak syer sesuatu yang memang mudah jer nak masak. Korang pun mesti pandai punyai. Tak kisahlah, janji Annaz nak syer juga kat sini. 

Anak dan incik hubby suka makan masakan nie. 

Keli Goreng Berlada

...display tak menarik

Bahan-bahannya

4 ekor ikan keli sederhana besar
Kunyit serbuk
Minyak masak
6 biji cili merah*
Sedikit cili api kalau nak tambah kepedasan*
2 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
Garam, Gula secukupnya

Bahan bertanda *ditumbuk. Blender pun boleh.

Kaedahnya

1. Bersihkan ikan keli tadi. Gaul dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Jangan hangus sudahlah ye. Bila dah masak, ketepikan.

2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga masak. Masukkan garam, sedikit gula dan asam keping. Jangan banyak sangat, nanti masam.

3. Bila dah masak, curahkan atas ikan keli yang digoreng tadi. Hidangkan.

Senang kan? Yang penting anak dan incik hubby suka. Kalau korang ada tips lain nak jadikan masakan nie lagi ummp..boleh syer di ruang komen di bawah..