Thursday, November 15, 2012

Gulai Daging Salai Dengan Kundang Muda

Orang Negeri Sembilan memang sinonim dengan masak lemak cili padi. Memang tak lengkap lah kalau dalam seminggu tak ada masak lemak cili padi dalam juadah seharian.

Sebagai salah seorang orang Negeri Sembilan, hari nie Annaz nak kongsi resepi masak lemak daging salai dengan kundang.



Bahan-bahannya

1 kg daging disalai
10 biji cili api - di blender
2 inci kunyit hidup - diblender
2 batang serai dititik
4-5 cawan santan pekat - santan kotak lagi senang.
kundang muda secukupnya dibelah dua dan buang bijinya.
garam secukup rasa

Cara Memasak


  1. Daging salai dipotong ikut kegemaran masing-masing.
  2. Masukkan daging dalam periuk dan masak terlebih dahulu bersama bahan-bahan yang telah diblender, serai dan garam secukupnya.
  3. Masukkan kundang dan santan kacau hingga masak atas api sederhana besar. Kacau supaya santan tidak berketul-ketul.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba..

Wednesday, November 14, 2012

Daging Perap Tom Yam


Untuk hari nie Annaz nak kongsi satu resepi iaitu Daging  PerapTom Yam.

Bahan-bahannya:-

1 kg daging
2 batang serai  } dikisar
5 helai daun limau purut } potong halus
5 tangkai daun ketumbar } potong halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar pes tom yam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam


Cara memasak :-
1. Basuh dan tos daging.
2. Campur semua bahan di atas dan gaul sebati.
3. Perap daging selama 4 - 6 jam.
4. Selepas perap bolehlah dibakar seperti hidangan steamboat.

Kawan-kawan bolehlah mencuba.
Yang penting.....





Si Manja rasa...


Dia kata best...


Tuesday, November 6, 2012

Jem Roselle



 Lebihan kelopak bunga Roselle untuk membuat jus Roselle jangan dibuang. Masih boleh digunakan lagi untuk membuat Jem Roselle.

Cara Membuat Jem Roselle adalah seperti berikut :-

  1. Campurkan lebihan kelopak Roselle dengan air dan diblender.
  2. Panaskan dalam periuk sehingga pekat (10 minit). Tambahkan gula secukupnya.
  3. Tutup api. Sejukkan dan simpan di dalam botol.
Jem ini memang enak dimakan bersama roti dan biskut.


Jus Roselle..

Roselle, asam belanda, asam susur atau nama saintifiknya hibiscus sabdariffa

Mempunyai banyak khasiat iaitu bagi 100 gram kaliks asam belanda terkandungnya protein1.145 g, lemak 2.61 g, serat 12.0 g, abu 6.90 g, kalsium 1.263 g, fosforus 0.2732 g, zat besi0.00898 g, karotena 0.00029 g, thiamin 0.00117 g, riboflavin 0.00277 g, niasin 0.003765 g, asid askorbik (Vitamin C) 0.0067 g.

Macam-macam boleh dihasilkan dari pokok Roselle ini. Salah satunya, buahnya boleh dijadikan jus untuk minuman penghilang dahaga. 

Cara membuat jus Roselle

  1. Ambil lebih kurang 20 kuntum bunga Roselle dan asingkan kelopak dengan bijinya.
  2. Cuci terlebih dahulu, kemudian rebus kelopak Roselle dalam periuk berisi air lebih kurang 10 - 15 minit. Rebus sehingga air akan berubah menjadi warna merah jambu dan Roselle akan menjadi lembut.
  3. Masukkan gula secukupnya.
  4. Setelah cukup masak, tapis jus dan kelopak Roselle diblender dan tapis ke dalam jus tadi.
 Jus nie bolehlah disimpan di dalam peti sejuk dan dibancuh untuk dijadikan minuman.