Assalamualaikum..
Hai semua..
Dah lama tak menjengah ke dapur BelangaRetak nie.. dan selama itu la tak berhapdet.. bersawang sudah...
Hari nie dapur BelangaRetak dah beroperasi..cewahhh...
Atas permintaan si manja ku sayang..
Haaa...nie dia my babam...
Nak makan muffin kata dia..so tunaikan lah permintaan dia..bkn selalu kan?...Malam tadi pembikinan muffin kali pertama... Buat 2 perasa..vanilla dan coklat..vanilla tak berapa jadi, tak naik...Muffin Coklat ok..So bila dah ok kene lah syer resepinya..Mana tau ada yang nak try buat..korang dah expert kut...hakak je masih mencuba-cuba..
Muffin Coklat
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk nescafe
sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
Bahan C
3/4 cawan air panas
Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
So..inilah hasilnya..
Jadilah dari tak de kan? Yang penting orang yang request kata sedap dan puas hati..
Korang try la..sedap tau..hehe..
nampak sangat sedap...resepi pun mudah tu. tinggal rajin atau tak je..hehe
ReplyDeleteJemput baca rawatan untuk cyst terutama buat ibu hamil yang mempunyai cyst
Orang selalu kata, kalau masak pape dengan penuh kasih sayang confirm sedap dan menjadi, hehe. Terliuq jugak la nengoknya.. :P
ReplyDeleteBetul3
Deletemuffin coklat memang faveret anak2 lagi kalau ada topping fresh cream atas dia..aduhaiii..tak sempat nak simpan,confirm sekerat hari dah habis..
ReplyDeleteJemput baca artikel terbaru saya 9 Tanda Kencing Manis Tidak Terkawal Boleh Mengancam Nyawa
Faveret anak2 muffin coklat ni.Boleh buat la cuti2 nanti.
ReplyDeleteMak budak pun suka coklat..huhu
Delete